Sebuah masjid di Palestin yang dibina hasil usaha dan sumbangan rakyat Malaysia musnah, selepas dibom oleh tentera rejim Israel, Sabtu lalu.

Perkara itu dimaklumkan dalam catatan Facebook, Muslim Care Malaysia Society.

Dalam catatan itu, Muslim Care Malaysia Society menyebut, Masjid Muhammad Al Amin dibina pada 2013 dengan pembiayaan yang dikutip daripada orang ramai, tanpa terkecuali di Malaysia.